Friday, January 29, 2010

Pengorbanan seorang GURU

kerjaya sebagai guru betol2 mengajar penulis erti manusia sebenarnya...setiap apa yang keluar dari mulut mesti lah baik...sopan...bila tgk murid susah...cikgu mesti tak sampai hati nak biarkan mereka begitu...mesti ada jalan penyelesaian yang perlu di ambil demi melihat anak murid gembira...tp kenapa masih ada yang tidak menghargai guru apa lagi nak menghormati guru...
seorang guru juga tidak mahu ditakuti tetapi lebih disenangi murid...tp kalau apa2 yang berlaku pada murid, pasti guru yang dicari dan kalau kuarang cemerlang dalam pelajaran juga guru yang dipersalahkan...apakah sekolah dijadikan tempat untuk membentuk insan cemerlang?itu sudah pasti...tp bagaimana pula dengan tugas utama ibubapa mempersiapkan anak yg kuat,matang dan menghormati guru dapat disediakan?jika tidak, maka sia-sialah kerana anak akan terbawa-bawa perangai yang buruk di rumah dan ditunjukkan pula pada guru...bagaimana pula guru nak membentuk murid jika begitu balasan yang diberikan pada guru...
kepada ibubapa...ingatlah..guru bukan seorang malaikat. hargailah jasa guru walaupun sangat menyakitkan...hakikatnya, bukan denda ataupun hukuman yang guru mahukan...tetapi adalah kejayaan anak didiknya..kerana ilmu yang diberikan itulah yang akan dibawa bersama apabila berjumpa Allah yang esa...

1 comment:

  1. Terbaik la tu. Semakin menjiwai kerjaya guru. Semoga menjadi pendidik yang berdedikasi. Insya-Allah

    ReplyDelete