Tuesday, November 10, 2009

Stress Exam






Assalamualaikum... alhamdulillah...kebanyakan pelajar sekarang dah abis final exam...mcm nak pecah kepala,mcm nak terjun banggunan,mcm nak makan byk2,mcm nak sepak orang semua ada...hahaha...itu lah senario kalau baru lepas abis exam...penulis pun dapat rasakan kerana peperiksaan terakhir sangat memeningkan kepala..tak ada hint langsung...dah lah soalan mcm tak pernah dengar...nak buat mcm mana, kena lah juga ambil untuk dapat NC reward....btol ke??rasanya dekan reward pun tak lepas..hahaha...apa pun skg penulis nak crita pasal stress ni...ada mcm2 stress...tp pada penulis dia ada 2 jenis...
  1. positif
  2. nagetive
yang positif akan buat kita semangat...apa lagi jenis yang buat kerja last minit mcm penulis...hahaha...baru ada tonik nak buat kerja 1 mgu buat dalam 2 ari...maknanya tak tdo malam lah...hahaha..padan muka.. yang nagetif plak yang akan buat kita langsung tak boleh buat kerja...tau nya menangis, meraung, makan tak henti2, dan byk lagi lah...ada byk kajian yang dibuat kat dunia ni ckp...kalau kita stress otak kita akan mempengaruhi kita untuk makan lebih banyak..mak oi...btol juga 2...tp pastikan jangan salah makan sudah lah...lain pula jd nya nanti..skg nak kongsi gak lah pengalaman penulis tangani stress antaranya:
  1. bawa moto kemana je nak g..tp laju sikit lah bukan laju banyak
  2. makan roti dengan ice cream
  3. kol mak kat kg
  4. mandi sungai,kolam,laut mahupun parit blakang umah
  5. main bola
  6. g ngurat awek2 yang lalu depan umah@jiran tetangga
  7. karaoke
  8. jumpa kawan
  9. cari awek(jgn bg tau isteri tau...)
  10. tdo....
  11. pancing ikan..
tapi tiap orang lain caranya...so jangan sampai stress jadikan korang merana seperti amik dadah ke, minum arak ke...jangan lah...e2 bukan jalan penyelesaian...so fikir positif, anda akan dapat positif...mcm 2 juga sebaliknya...selamat berjaya.....

Saturday, November 7, 2009

Piala Malaysia bertukar tangan



assalamualaikum...

akhirnya penantian yg kita tgu terjawab sudah...piala yg sebelum ini di bawa pulang oleh kedah, selangor dan sekarang menjadi hak milik Negeri sembilan...apa pun tahniah kepada kelantan yang berjaya mara ke peringkat akhir...namun, apa yang kita dapat lihat malam tersebut bukan lah benar-benar bola sepak yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan terutamanya red warrior kerana permainan yang agak kasar dan tidak konsisten...ini adalah ulasan yang dapat disimpulkan dalam perlawanan tersebut...

  1. Kelantan bermain dalam keadaan tertekan
  2. gol awal menyebabkan rakan pasukan hilang semangat
  3. kehendah penonton Kelantan yg mahukan kemenangan
  4. kegagalan pertahanan kelantan mengawal permainan
  5. hujan yang melambatkan lagi corak permainan
  6. permain kelantan dikawal ketat terutamanya indra putra
namun yang paling dikesalkan ialah keganasan peyokong tidak kira kelantan dan negeri sembilan masih lagi berlaku...perkara ini bukan lah baru dalam dunia bola sepak kerana telah banyak kali berulang...tahniah kepada pihat keselamatan yang berjaya mengawal keadaan...apa pun itu merupakan tindakan segelitir penyokong yang tidak bijak kerana sanggup melepaskan tekanan kepada orang lain...apa pun...tahniah negeri sembilan.....

Sayangilah mulut anda..





kanser mulut...huhu


assalamualaikum...

bagaimanakah anda menjaga kesihatan gigi anda?adakah dia sehat atau anda sengaja membiarkan dia begitu walaup baru lepas makan?baru2 ni penulis sempat buat 'scaling' gigi yg dah 6 bulan tak buat pemeriksaan...doktor kata gigi awak byk lubang...aduhai...baru 6 bulan tak buat pemeriksaan...dah ada 5 lubang yg perlu di gi tampal...sakit nya.....kata2 doktor dan pesanan dia

  1. lepas makan je terus gosok gigi
  2. kurangkan makanan ringan
  3. jgn terlalu kerap makan gula2
  4. flost gigi sebelum tdo
  5. berkumur selepas makan
  6. semasa memberus, jgn lupa sampai gusi walaupun berdarah..
  7. elok jg pakai lesterine
  8. tidak merokok(kanser mulut,gg kuning...)
mcam mana dengan ni????


tgk ni..takut tak???

penulis tak nafikan mmg penulis kdg2 kalau dah penat, tak ada masa nak pk pasal 2..tp sebenarnya tak sakit pun..kita je yg pk begitu...apa lagi kalau anda pergi bersama org yang tersayang...tunjuk kan lah yang anda bukan penakut dan anda lah org yg paling kuat....(walaupun bisa nya tak leh nak kata...)...penting nya gigi kita:

  1. sentiasa nampak gigi yang sihat
  2. nafas tak berbau
  3. jd idola kawan2
  4. lebih yakin(apa lagi kepada guru dan lecturer)
  5. boleh cari makan(lelaki&wanita)
  6. kekal sampai tua...hahah
apa pun...untuk renungan bersama, kepada sesiapa yg dah 1,2,3,4 tahun tak buat pemeriksaan, silalah ke pk(pusat kesihatan)...hargai pemberian Allah...rasakan kehebatan dengan gigi yg sehat...selamat mencuba...


Monday, November 2, 2009

Piala Malaysia milik siapa????

piala Malaysia

pasukan negeri9

pasukan kelantan...

assalamualaikum....

Apa jua keputasan yang akan berlaku antara kelantan dan N9, pada 7 nov akn menjadi penentu sama ada anak buah wan jamak wan hassan atau pun bekas jurulatih malaysia b. satianathan menjadi juara...wang taruhan sebanyak hampair RM 500000 kan jd milik siapa?

kelantan...
  1. dari liga domestik FAM(tangga tercorot) pada tahun 2005
  2. masuk piala presiden kerana penarikan PDRM
  3. jurulatih menarik diri disaat bermulanya musim baru 2009/2010
  4. insiden pergaduhan dengan N9 pada bulan april-denda hampir RM100000
  5. didenda FAm kerana tunda perlawanan dengan KL plus
  6. 40 tahun tgu piala malaysia
N9...

  1. dibarisi pamain kebangsaan
  2. tiada tekanan
  3. kehadiran shukor
  4. lebih dekat dengan bukit jalil..
apa pun, kita mengharap permainan yang bersih...bukan sahaja mengharapkan ganjaran tetapi peminat hanya lah ingin melihat 'beutiful game' dalam bahsa jawanya...apa pun kita sama2 nanti kan...selamat berjuang...penulis penyokong pasukan JOHOR FC tp tak masuk final, terpaksa pilih salah 1 sebab....hahaha rahsia...

Friday, October 30, 2009

mari menderma...




salam...

semalam dunia dikejutkan dengan serangan pengganas di india...ramai yg tekorban105 nyawa melayang...tp kat malaysia byk plak mati kerana makanan...tak pun kemalangan...hehehe...td ada kempen derma darah kat PKNS...derma gak walaupun sikit...sempat berbual dengan pegawai 2...dia kata, semua org malysia ni takut...kedekut...mana taknya, nak dpt 10 org yg berani derma darah pun susah...derma dara, ramai pula katanya...sampai buang2 kat parit..ish2..hahaha...kelako lah...dah lah 2, byk alasan..takut jarum...tdo tak cukup...yg lagi tak ble terima akal takut gemuk!!!hahaha...lawak sungguh org kita ni...meh habaq kat den, mano kajian yg ckp gemuk bila derma darah...byk kali dah derma...bdn den lagu ni gak...hahaha...sian mereka...tp sian lg yg memerlukan...mungkin 1 ari nanti kita jg perlukan darah 2...apa pun selamt menderma...ubah lah mentaliti 2 supaya tidak terlalu kuno ya...untuk pasukan bola kelantan, n9, terengganu dan perlis...selamat berjuang...johor fc taun depan bangkit...hahaha...siap korang ya....

Tuesday, October 13, 2009

kepentingan bersukan..



assalamualikum...

hai semua pembaca...apa kabo?harap2 semua ok..kami di uitm dah nak final exam.so, kami memang mgu bz ni..k skg topik yang agak membosan kan pembaca akan di tuliskan di ruangan kali ini...kalau tak suka buat tak tau je ya..sebenarnya kita masih tak sedar apa kepentingan bersenam...kalau tau, kenapa masih ramai yang tidak amil berat tentang kepentingan bersenam...ha jawab....ni, mari kita kongsi bersama...
  1. nampak smart
  2. sehat dalam dan luar
  3. rasa lebih fit dari orang lain-try lumba lari dgn diorang....
  4. dapat seimbangkan berat badan.
  5. tidur lebih lena.
  6. suami tak akan lari-kepada wanita2
  7. jimat kos perubatan bila tua
  8. ramai awek minat-lelaki je
cara yang paling berkesan adalah
  1. jogging di waktu pagi/ptg-30 minit-1 jam
  2. bersukan-badminton, bola sepak, bola jaring and so on
  3. pergi gym
  4. pergi ke pool
  5. pergi ke pusat beli belah-ole-ole...pusing 40 kali pun tak apa
  6. ajak bf/gf g jalan2 kat tasik-20 pusingan
  7. berbasikal pusing shah alam
  8. poco-poco 40 kali ulang
sebenarnya dia juga akan membentuk disiplain dalam diri kita terutamanya pasal makan dan masa kita membuat aktiviti..berusahalah untuk kebaikan anda dan jangan anggap remeh tentang kesihatan kerana yang menanggung sakit adalah anda..kalau berjaya, tahniah kepada sesiapa yang nak berubah...semoga berjaya

Wednesday, August 12, 2009

tahniah kawan2...

assaalamualikum....


hai semua...kali ni aku nak crita pasal kejayaan pasukan aku plak...ari tu kan aku kalah dalam game yang aku main, tp ada hikmahnya coz aku jd pengurus bg indoor rowing...lebih kepada pengunaan mesin lah...yang best nya, kali ni pasukan kami g akhir 3 acara daripada 4 acara...malang nya 1 acara kami gagal habis kan...berbalik pada td, kami dapat johan bagi ketogari lelaki 500m, perempuan 1000m dan naib johan bagi 500m...apa pun tahniah tak terhingga kepada syukur(chohot 4 institut perguruan kota bahru), haida lela(1 kelas dengan syukur) dan mazlia classmate aku...diorang sangat sporting time latihan dan juga semangat yang ditunjukan...tak lupa juga kepada penyokong Fakulti pendidikan...semua memberikan sokongan yang luar biasa...thanks a lot....apa pun....bila dah juara, nak kekal kan kejuaraan 1 yang agak susah...kami akan buat yang terbaik untuk 2 sem depan...HIDUP EDUCATION.......HAAAAAUUUUUUMMMMMM

Saturday, August 8, 2009

aku bukan hero...

assalamualaikum...

hai, apa kabo semua kawan2....ari ni 8 aribulan ogos 2009...aku ada 1 crita yang amat menyedikan dalam idup aku...crita nya macam ni...skg ni musim sukan antara fakulti...aku amik 4 acara pada awalnya.lawn bowls,rugby, larian n frisbee.tp oleh kerana aku ankle sprain, aku ikut lawn bowls je coz dia tak melibatkan larian yang banyak...pagi pada hari pertandingan tu, aku dipaksa untuk mengikut larian tap aku tak leh kata apa coz kami di lawn bowls pun tak cukup player...aku pun suka gak larian coz tak penah mengecewakan sejak aku ikut larian...tempat aku, 10 kebawah biasanya..dapat gak aku sumbangkan 20 mata untuk fakulti...tp kali ni, aku terpaksa pilih lawn bowls. game pertama kam kalah pada fakulti kejuruteraan awam..13-6...ok lah coz budak2 aku semua baru je nak main...perlawanan yang ke2 yang paling mencabar coz idup mati kami dalam game 2, semua bergantung pada game ke2 ni...yang paling kecewa, kami dah hampir2 nak g separuh akhir tp bila seri, kami terpasa menunggu skip iaitu aku sebagai pembaling terakhir...kalau aku berjaya dalam balingan tu, kami akan g separuh akhir...tp malang coz aku gagal pada balingan tu n bertapa kecewanya kami sekumpulan...semuanya kerana tak ada rezeki kata kawan2...apa kan daya, kami dah buat yang terbaik...yang pasti, kami akan bangkit pada SAF akan datang...kami akan buktikan.....SAF2010...

Tuesday, August 4, 2009

emak ku, ratu,bidadari hati ku...

assalamualaikum...

sekarang aku nak crita kat korang pasal mak aku...mmm...mungkin ia agak membosan kan bagi mereka-mereka yang dah tak ada mak, atau yang kurang 'kamceng' dengan mak...sebelum tu, aku nak memperkenalkan orang yang paling aku cintai kat dunia ni..nama dia Rohani Hj Kassim..anak yang ke 6 dari 12 adik bradik(sama macam anak dia)..kalau nak tau dia macam mana, aku akan crita hidup aku time kecik2 dulu...ada lah kenangan yang aku tak ble lupa sampai skang dan aku pasti sampai aku mati nanti..tapi secara jujurnya aku ni anak yang menderhaka kat dia tapi aku sendiri tak pasti dia menangis kerana aku...jom baca skg...
  1. ni kisah yang paling tak dapat aku lupakan dengan mak aku...masa kecik2 kan, dulu aku suka sangat main layang2.tp aku ni nakal macam apa pun aku tak tau...setiap ari aku, abg zul aku n adik aku akan kuar pagi n then balik petang2...e2 pun bila dah maghrib baru lah nampak muka..bila pagi2 tu kan, kami akan bawa bekalan...tak kira, mak masak apa, dia akan simpan sikit untuk abah aku...yang kami bawa bekal 2 memang tak cukup tau...apa lagi, bila kami jumpa asam pedas yang mak aku simpan 2, kami ber3 makan dengan lahapnya...sampai tak ada tinggal pun..termasuk nasi skali...asam pedas 2 ikan yang paling kami suka...lepas abah kami balik, dia pun tanya mak, mana lauk n nasi dia n mak kata mak dah simpan tapi abag cari tak ada...tp adik aku yang pempuan bagi tau mak yang kami ber3 yang makan...menangis2 mak tau...dia kena masak skalilg n then dekat bilik air aku tengok air mata mak tak henti2...aku rasa sedih n bersalah sangat buat diorang macam tu...sian kat mak...nak jaga adik yang ramai n kerah kami ber3 lagi lah...
  2. yang ke2 palak, dulu masa aku kat progrm latihan khidmat negara kat sekakap mersing, aku berkenalan dengan seorang p'puan ni...sebenarnya dia 2 kaki belit...janji macam2 kat aku...aku pun apa lagi, cair lah...dia anak orang kaya tp malang nya dia ni tak pandai tunaikan janji dia kat aku...kalau nak tau, dia dah ada bf tapi dia ckp dia still single n available...lepas 2 bulan kami abis PLKN 2, aku still kol dia...tp malang nya 1 ari aku dapat tau yang dia sebenarnya dah ada bf...n akan bertunang tak brapa lama lagi...dia kan anak orang kaya...aku ni anak orang susah...then ari tu, aku rasa sangat bosan n dunia aku rasa kosong je...then bila bangun pagi tu, mak aku kejut suruh bangun solat subuh...aku marah n maki mak aku..apa yang aku cakap 2 aku dah lupa tp yang pasti skli lg air mata mak aku mengalir dengan deras nya...aku jadi serba salah lagi...mana taknya, dah lah aku frust gila masa tu, aku plak dah buat mak aku menangis lagi ni...bayang kan lah bertapa berdosanya aku...kerana seorang perempuan yang hanya janji manis n blum tentu lagi jd isteri aku sanggup maki n lukakan hati orang yang selama ini bagi aku cukup makan pakai, tapi aku balas dia mcm 2...
  3. crita ni plak masa aku darjah 3 atau 4..setiap pagi gak kalau bukan masa layang2, aku suka pancing ikan...aku ni kalau dah kuar pagi, aku takut nak balik umah...ya lah baju aku ni dah lah basah coz dah jadi habit kami kalau dah abis pancing ikan, kami akan mandi skali...dengan air lumpur, main perang2, aku kadang kena balikcoz lapo...tp baju aku dengan kotor2 aku lalu tingkap bilik...ya lah nanti mak aku tau mati lah...tp tah macm mana aku pun dengan yakin main masuk je lah...tak sangka mak aku dah tgu aku kat depan tingkap...siap cekak pinggang...tp oleh kerana aku takut mak aku cakap ngan bapak aku, aku lari ke rumah aruah nenek aku...aku sayang nenek aku coz dia selalu backup kami...apa lagi, kami mengadu macm2 kat nenek aku tu...dia pun marah, terus g umah aku, dia maki mak aku, ckp mak aku tak pandai jaga anak lah, pandai buat anak je lah...macam2 lagi...kami masa tu gembira lah...mana tak nya,nenek kami ni memang sayang cucu tp dia tak tau yang cucu dia tu sebenarnya nakal mengalahkan....esok nya, bila nenek kami suruh balik kami pun balik lah...dia kata kalau mak kami marah lagi bagi tau dia...tp apa yang kami tengok, mak still menangis lagi..tempat yang sama...mak aku ni kan, kalau dia sedih, dia suka lepaskan kat bilik air...sambil cuci pakaian, dia keluarkan air mta mengenangkan anak dia yang macam malaikat 2...
  4. ni pula crita yang agak dah besar...sebenarnya aku ada 2 kuarga angkat...1 kat dorani homestay n 1 lagi kat asrama dulu...yang buat hal ni yang kat asrama...dia selalu hadiahkan aku macam2...suka kol...suka datang umah...semua apa yang aku nak dia bagi...depan2 mak aku...akhir nya, mak aku pun ckp yang dia sebenarnya nak bagi apa yang aku nak..tp yang lebih sedih, dia tak ada duit pun nak bagi...dia kan surirumah tangga sepenuh masa...mana lah nak dapatkan duit untuk beli barang2 yang aku nak...sedangkan pakaian dia pun dah teruk n lusuh...kesian mak...sebab tu lah aku sayang sangat kat mak bila dah tua n matang skit ni....
aku nak bagi tau korang yang mak aku ni dia ada habit yang aku rasa sampai bila pun aku tak akan lupakan...dia ni kan, kalau kejut orang suruh solat, dia akan membebel samapi kita rasa ilang mengantuk nak tdo...suara dia akan dengar 1 kg...pagi2 dah suruh bangun solat...tapi aku kdg2 kunci bilik dari dalam...tp selagi aku tak buka,dia akan membebel je...
ha yang ni aku paling suka kat mak aku...dia ni kan, idup penuh dengan dugaan...antara adik bradik aku, ble katakan yang semua penah masuk hospital coz penyakit kronik...hari raya 2 taun lepas, 1bulan dia duk hospital tanpa jemu...tgu adik masuk icu...sian dia...sampai bengkak kaki dia...badan dia pun dah kurus jaga adik aku..tp adik aku tu langsung tak hargai mak aku...dia macam tak insap lagi...aku alhamdulillah dah pandai hargai mak yang aku sayang tu...
skang ni apa pun mari kita sayang mak kita melebihi diri kita...macam sahabat nabi Muhamad yang mana ibu bapa dia kena sumpah jadi kinzir tp dia tetap melayan ibu bapa dia macam manusia walaupun mereka telah melakukan kesilapan...dia mandikan dan belai kedua ekor kinzir tersebut sehingga Allah angkat anak tersebut didalam syurga yang sama taraf denagn nabi kerana kesungguhan anak tersebut melayan ibu bapa...sekian saja...fikir2 kan lah dimana kita sebenarnya...dan apa kabar mak abah kita...semoga ibu bapa kita sehat sentiasa dan di murahkan rezeki...amin....

Monday, August 3, 2009

dugaan bagi ku...

assalamualaikum...

hai...slmt malam...kalau korang semua nak tau, ari ni adalah ari yang sedih bagi aku...td time aku lat.rugby and then bila tak ada membe, aku main bola sepak...tp malang nya, aku kena ankle sprain..kalu korang nak tau, penyakit ni lah yang paling ditakuti mana2 athlete..ya lah, bayang kan kita nak buat kerja semua dah tak boleh, apa lagi nak bersukan..aku sebenarnya dah 2 bulan kena..time main kat kg masa cti ari 2...tp aku buat treatment biasa je coz kat kg, mana ada alat kan...jadi aku pun main lah pelan2...kalau tak main bola 1 ari, aku rasa macam ada yang kurang n tak sedap hati...itu lah agaknya aku sampai skang tak baik2 lagi...sepatutnya kalau akau tak bersukan selama 2 bulan tu pasti aku dah sehat...tp nak dapat fitness macam skng memang makan masa...sukan antara fakulti dah mula...apa lagi aku pun sedih lah...mana taknya, rugby 2 main yang agak ganas skit..tp aku suka pada sukan 2..apa kan daya, untuk sukan antara fakulti kali ni, terpaksa lah aku tgk je luar...ni lah ari yang paling sedih bagi aku..tp aku bersyukur ada insan yang memahami n bagi sokongan kat aku...walaupun seburuk mana aku ni, ada insan yang tak pernah jemu bagi harapan dan sokongan...semoga ia berkekalan...dan diredhai kuarga yang tersayang...kita jumpa lagi di hari yang bahagia pula...asyik sedih je...hahaha...doakan aku cepat sembuh ya kawan...wassalam...

Sunday, August 2, 2009

susah nya nak berjaya...

assalamualaikum...hai semua...ni kali pertama aku menulis blog sendri...sebelum ni bc orang punya je..k now i want to share about profession dengan korang...sebenarnya apa kita nak jadi ya...ada yang nak jd cikgu, ada yang nak jd doc, ada nak jd polis, tentera, apa pun yang kita nak jadi, kena lah minat...sekarang ni aku dalam proses nak jd cikgu...insyaAllah dalam 1 taun lebih, jadi lah aku cikgu...doakan bebanyak ya...sebenarnya, aku dari kecik memang nak jadi cikgu...sebabnya...aku pun tak pasti...dulu lepas spm, akau nak apply untk maktab perguruan(dulu2) tapi lepas tu, aku ada masalah n terus amik stpm...sebenarnya, lepas stpm, aku dah kerja dengan jabatan kerajaan tau...biro tatanegara...tugas aku, bg kursus kat pegawai kerajaan...aku kerja 4 bulan je...tetiba aku dapat tawaran sambung blajo...memula dah pening kepala...gaji aku time 2 RM1000++...tp aku dah nekad nak jdi cikgu, terpaksa aku tggalkan gak kerja tu...bapak aku marah sebenarnya aku berenti masa tu coz aku dah amik kreta...lagi pun tempat kerja aku tu, tak sampai 2 minit dah sampai...memang banyak lah cabaran...apa lagi aku terpaksa biokan bapak aku bayo duit kreta...sian kat dia...mak aku?dia ikut je apa yang aku buat...dia tau, minat aku dari dulu memang nak jadi cikgu, jadi dia tak pernah nak halang aku...apa lagi jd cikgu pj...kalau korang nak tau, 1 benda yang aku minat dari dulu ialah main bola, tgk bola, makan bola...tp mak aku ni marak bila aku main...sebabnya dia kata dah maghrib baru nak balik...tak baik katanya..tp aku buat tak tau je...ya lah, dia bukan tak faham dengan minat anak dia ni...untuk pengetahuan korang, aku ada adik bradik seramai 12 orang...5 lelaki, 7 perempuan...aku anak yang ke 3..kira otai gak lah...semua adik2 aku belasah je kalau diorang buat hal..sebut pasal kerjaya td, aku risau tgk adik2 aku ni...macam tak ada seorang pun yang nak ikut jejak langkah aku..tak pun lbih baik dari aku...kalau nak tau, aku punya peperiksaan dulu sanagt teruk...

UPSR=2b,2c,1e
PMR=4b,3c,1d,
spm=3a,2b,3c,2d and 1 gagal
stpm=2b,2c...

aku rasa aku dah buat yang terbaik...tp mungkin aku ni memang dilahirkan tak berbakat nak dapat semua A...atau aku ni yang malas..tah lah...aku pun tak pasti...tp apa pun aku bersyukur coz dah nak berjaya mencapai cita2 aku sejak baby lagi...kalau berjaya, semua ni untuk mak bapak n kuarga...kalu gagal, aku harap diorang tak pinggirkan aku...aku akan buat yang terbaik untuk masa depan aku...kehidupan aku...dan kuarga yang aku bina...semua nya dengan usaha dan doa daripada semua...amin...thanks....