Thursday, January 27, 2011

Malaysia Tanah Tumpah Darahku...



assalamualaikum...

setelah sekian lama menyepi akhirnya penulis kembali sekali lagi untuk berkongsi pengalaman bersama pembaca mengenai peninggatan atau boleh dikatan 'tuah' kepada sukan No.1 Malaysia iaitu bola sepak.

masih ingatkah lagi para pembaca yang kita telah berjaya menjadi Juara pada sukan SEA di Laos??ramai yang mengatakan bahawa kemenangan itu hanyalah satu kebetulan dimana kita Menang tipis 1-0 kepada Vietnam pada final. sebelum layak ke final,perjalanan Malaysia agak mengerikan kerana terpaksa berhadapan dengan juara bertahan seperti Thailand yang diakui kehebatan,kepantasan dan kemahiran pemain mereka. Namun,usaha menentukan Malaysia sememangnya layak untuk menjadi juara apabila berjaya menewaskan vietnam iaitu gol tunggal daripada pemain muda negara Safiq Rahim...tahniah Malaysia..



Tahun 2010 juga banyak kejayaan yang dipamirkan oleh pasukan negara. antaranya ialah terlibat dengan sukan Komenwelth di India dah sukan Asia di China. bagi pasukan bola sepak negara,sukan Asia dan Piala Suzuki AFF adalah matlamat negara. Pada sukan Asia tersebut, telah dijadualkan bertembung dengan Negara Kazastan dan kita menang 2-1. Pada perlawanan kedua, kita bertemu Jepun dan kita kalah 2-0.pada perlawan ketiga,kita kalah 3-0 kerana masalah mutu pengadilan yang diadili oleh BEN WILLIAM atau lebih dikenali sebagai 'Ben 10 dikalangan rakyat Malaysia kerana tindakannya memberikan 3 kad merah kepada Pemain 'Negara. lebih malang lagi Malaysia kehilangan 9 pemain utama termasuk Zakuan Adha dan kembarnya Aidil Zafuan.

Piala Suzuki AFF memeningkan lagi kepala K.Rajagobal kerana rata-rata pemain yang akan diturunkan merupakan pemain muda daripada skuad harimau muda A. pemain berpengalaman seperti Amri Yahya, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan lain-lain. dibelasah 5-1 pada perlawanan pertama cukup memeritkan para pemain. Namun,itu bukanlah alasan yang diberikan kerana Malaysia berjaya mengikat Thailand 0-0 pada perlawan ke 2 dan penentu Malaysia adalah apabila bertemu Laos dan kita berjaya menewaskan mereka 5-1.

pada perlawanan separuh akhir,kita terpaksa bertemu vietnam dan merupakan pertembungan ulangan merebut sukan SEA.pada perlawanan tersebut,2 gol jaringan Safee Sali cukup untuk melayakan Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir. namun pasukan negara akan bertemu pasukan yang 'menganyang' pasukan negara pada perlawanan negara.

pada pertembumbungan akhir kedua merupakan malam bagi pemain Malaysia kerana berjaya menundukan idonesia 3-0. perlawanan yang cuku dramatik dan boleh dikatakan misi membalas dendam bagi pasukan Malaysia. Gol-gol telah dijaringkan oleh Safee Sali(61,73) dan Ashari 68. kebanyakan yang komen perlwanan tersebut mengatakan Malaysia bermain seperti Barcelona.

Final kedua cukup menggerunkan apabila pasukan negara terpaksa berperang awal dengan penonton. Menaiki kereta perisai sudah cukup membuktikan bawaha kita akan dibelasah mereka sekali lagi. Namun semuanya berubah apabila jaringan pertama dimulakan oleh Safee Sali. Indonesia tertekan untuk memburu 5 gol kerana peraturan perlawanan ditempat lawan. kredit juga harus diberikan kepada Safee Sali kerana menerima anugerah Kasut Emas dengan 5 gol dan tentunya gol keeper kesayangan kita menjadi pemain terbaik perlawanan tersebut walupun dimenangi oleh pemain indonesia Firman Utina untuk menjaga hati Peminat indonesia.Namun dua gol indonesia tidak mampu menafikan yang Piala SUZUKI AFF pada tahun 2010 adalah milik negara setelah menanti hampir 16 tahun sejak diperkenalkan..tahniah pasukan negara.tahniah k.Rajagobal,tahniah RAKYAT MALAYSIA!!!!!!

No comments:

Post a Comment