Tuesday, February 8, 2011

DEWASAkah kita....


Assalamualaikum..


pengalaman sebagai seorang pelajar banyak mengajar penulis erti kehidupan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 tahun menuntut di Fakulti Pendidikan Sek 17,UiTM Shah Alam banyak membuka minda tentang hukum alam dan aplikasinya kepada hidupan harian. Bercampur dengan pelbagai pelajar daripada semua negeri yang terdapat di Malaysia, makanan dan juga budaya masing-masing masih lagi tidak dapat dibeli dengan wang yang mahal sekalipun.

Interview KPM untuk melayakan penulis menjadi seorang GURU juga agak membebankan. Ini kerana tekanan apabila terbayang keluarga yang mengharapkan kejayaan seorang anak yang telah dilaburkan wang,doa dan masa sangat mengharapkan pulangan yang positif. Hal ini menjadikan penulis kecut perut dan hiba sekiranya tidak dapat merialisasikan apa yang diimpikan oleh setiap ibubapa.

selepas habis sahaja interview,hati terasa sangat kecewa kerana gagal menjawab beberapa soalan 'killer' yang tak terpikir dek akal yang waras. Terlalu jujur pada kehidupan harian juga mengundang musibah apa lagi kita terpaksa berhadapan dengan kehidupan sekarang yang penuh pura-pura. Hanya doa yang mampu penulis panjatkan supaya impian untuk menjadi seorang guru akan tercapai sekiranya mendapat gred A dalam interview tersebut.


Banyak kelebihan yang akan menunggu sekiranya berjaya dalam interview tersebut. Terbayang dimata kegembiraan mak abah menyambut gaji pertama sebagai seorang cikgu katanya. Kereta dan rumah yang akan menambahkan lagi keselesaan dan 'orang rumah' yang menambahkan lagi seri kehidupan kita tersebut. Semua hanya dengan pertolongan Allah. Semoga apa sahaja yang dihajatkan akan terlaksana InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment