Monday, February 28, 2011

BROGA Hill dalam genggaman
















Assalamualaikum..
27 Februari 2011
Pagi yang sangat ditunggu-tunggu penulis untuk memanjat Gunung Broga bersama rakan-rakan dari fakulti Sains Sukan UiTM shah Alam. Lama tidak berjumpa menyebabkan kami membuat rancangan untuk memanjat Gunung menggantikan aktiviti yang tak berfaedah yang lain. Pada mulanya, lapan peserta yang akan mengikuti program tersebut tetapi atas masalah yang tidak dapat dielakan, hanya lima orang sahaja yang tabah meneruskan XPDC tersebut. Pada XPDC kali ini, peserta tersebut ialah Penulis sendiri, Mohd Asyraf, Nazratul Husna, Nur Syafiqah dan Mohd Nizam.

Pada pagi itu, sepatutnya bergerak jam 5.15 kerana tujuan kami juga hendak melihat matahari terbit dari puncak Broga Hill. Tetapi oleh kerana penulis sendiri terlambat bangun,kami bergerak tepat jam 6.15, 1 jam lewat daripada rancangan awal. Selepas solat subuh,kami bergerak menuju ke kaki gunung. Apabila sampai sahaja ke tempat meletak kenderaan, kami melihat ramai orang sudah memenuhi kaki bukit untuk memulakan pendakian.

Keadaan gelap menyebabkan perjalanan kami agak perlahan. Dengan bantuan lampu suluh, kami dapat melihat keadaan jalan yang tidak rata dan berbatu. Selain daripada itu, jalan yang kami lalui itu adalah tempat laluan air yang menyukarkan lagi pergerakan kumpulan kami. oleh kerana kekurangan pengalaman, kami terpaksa menggunakan tali dan akar kayu untuk mendaki kerana keadaan trek yang berpasir dan licin.

Untuk sampai ke puncak Gunung Broga, kemi terpaksa melalui empat puncak gunung. kehadiran ramai pendaki juga menyukarkan perjalanan kami kerana terpaksa menunggu giliran untuk melalui jalan tersebut. Saat yang paling indah ialah apabila melihat sang mentari menunjukan wajahnya dan itulah kenangan yang paling tidak dapat kami lupakan.

Kami tiba di puncak Gunung Broga kira-kira jam 8 pagi dan kami melihat sudah ramai pendaki sampai di puncak. Ada juga diantara pendaki yang mendirikan kemah dan macam-macam aksi yang dapat penulis rakamkan. Bekalan makanan yang kami bawa, bergitu menyelerakan. Terima kasih kepada Nazratul Husna dan Nur Syafiqah yang sudi menyediakan makanan tersebut.

Kami bergerak turun tepat jam 9 pagi dengan perasaan puas dan ingin pergi ke gunung-gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung seterusnya ialah gunung Nuang di Hulu Langat...kita tunggu...

No comments:

Post a Comment