Sunday, February 20, 2011

Perlukah Weight Training untuk WANITA?


Assalamualaikum..


Bertemu kita sekali lagi. Diharap penulis dapat berkongsi sedikit ilmu untuk diamalkan oleh kita semua terutamanya kaum wanita dinegara ini. Tidak seperti diluar negara, pengelibatan wanita Malaysia dalam arena sukan sangat terhad. Ini juga menyumbang satu fikiran negetive kerana kebanyakan wanita mementingkan kecantikan luaran daripada dalaman. Lihat saja diatas meja solek, lengkap dengan kosmetik yang beratus nilainya dan hanya menjanjikan kecantikan 'sementara' itu. Kadangkala, mereka juga tiada masa menggunakan barangan yang telah 'diborang' itu dan akhirnya menyebabkan lambakan 'sampah' yang menyemakan mata


Pemerhatian penulis pada wanita dalam bidang sukan pada kali ini tertumpu pada gym. apabila terdengar perkataan gym,pada pendapat wanita,ia adalah satu 'kejadian' ngeri yang patut dielakan. Hal ini kerana mereka terpandang tubuh mereka berotot-otot seperti Malik nor. oleh itu,sekiranya mereka masuk ke dalam gym, pilihan utama adalah stepper,treadmill, cross trainer dan cycling berbanding melakukan weight training.

Kajian diluar negara menenjukan bahawa tanggapan wanita Malaysia tidak tepat kerana wanita memerlukan 10 kali ganda exercise berbanding lelaki untuk mendapatkan lean body yang berketulo-ketul. Hal ini kerana hormone testrone tang terdapat dalam tubuh lelaki memudahkan pembentukan otot lebih cepat berbanding wanita. sebab itulah sukar untuk wanita mempunyai otot seperti lelaki. Oleh itu,jangan takut untuk melakukan weight training seperti dumble, chest press, push up dan sebagainya.

kelebihan melakukan weight training ini adalah seperti menguatkan tulang dan kepadatan pada sel-sel dalam tulang. Ia akan membantu para wanita untuk melambatkan proses osteoperosis. weight training juga dapat mengelakan wanita daripada kenser payudara (Azlan Supian). Dan yang paling penting ialah dengan melakukan aktiviti ini, bukan sahaja wanita dapat mengekalakan kesihatan badan, malah mereka juga akan dapat bentuk tubuh yang mereka idam-idamkan. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment