Sunday, February 20, 2011

Sumbangan akedemik bola sepak kepada Malaysia


Assalamualaikum..

Pada keluaran kali ini, Penulis ingin berkongsi sumbangan akedemik bola sepak dalam menghasilkan pelapis bola sepak negara. Tidak dapat dinafikan yang di Malaysia terdapat banyak akedemik-akedemik bola sepak yang telah lama diujudkan untuk memberi pendedahan secara khusus dalam meningkatkan kualiti pemain dari peringkat awal. Soccer Kids TV3, Soccer Kids MBSA, Kiddo Kikkers dan Proton Soccer Kids Academic merupakan contoh akedemik yang giat menabur ilmu untuk kanak-kanak mencebur bidang dalam bola sepak secara profesional.

Sumbangan guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah juga tidak kurang pentingnya. Mereka ini adalah 'coach' pertama kanak-kanak yang berusia 7 tahun sehingga 12 tahun. Seharusnya guru-guru sukan ini sudah mempunyai asas bola sepak untuk diajar kepada setiap pelajar. Guru-guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga seharusnya develop kemahiran asas seperti menendang,menanduk, dan yang paling penting ialah kecergasan para pelajar.

Selain itu, guru-guru juga haruslah menanam sikap cintakan sukan dalam diri pelajar supaya mereka tidak akan terjebak kepada gejala sosial selain dapat meningkatkan focus dalam kehidupan harian. Dalam bidang sukan juga ada menerapkan nilai kerjasama, berdisiplin dan semangat leadership dalam diri kanak-kanak. Hal ini akan melahirkan pelajar yang bermutu dari segi fizikal dan mental.

Aspek kesihatan yang asas juga perlu diajar seperti kebersihan diri, makanan yang seimbang dan cara mengelakan penyakit yang membawa masalah kepada pelajar. Seperti yang kita tahu, peningkatan pelajar yang gemok atau obesiti semakin menjadi duri dalam daging kepada pembangunan sukan dan secara tidak langsung kepada kesihatan kanak-kanak. Maka,wajarlah anak-anak dihantar ke akedemik yang menjanjikan seribu satu kebaikan kepada anak-anak untuk membentuk sahsiah, fizikal dan mental yang unggul. akhir kata, majulah Bola Sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment