Tuesday, February 15, 2011

Manusia yang tak pernah PUAS..


assalamualaikum..


Bertemu kita sekali lagi kepada semua. Pada keluaran kali ini, penulis nak berkongsi sedikit pengalaman yang penulis dapat semasa menjadi AJK untuk hari keluarga Fakulti Pendidikan,UiTM Shah Alam di Tiara Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan pada 12-14 februari 2011. Daripada pandangan penulis sendiri sebagai pemerhati, Kita sememangnya manusia yang sentiasa nak senang, tak bersyukur dah banyak kerenah. Kalau tak menyusahkan orang lain itu dah cukup bagus.

kisah pertama,

oleh kerana banyak barang-barang yang dibawa masa hari keluarga tersebut,kebanyakan staff memilih naik kenderaan sendiri memandangkan Shah Alam dengan Port Dickson tidak lah terlalu jauh. Kami yang hanya membantu untuk melancarkan lagi program tersebut terpaksa pula bekerja lebih dari staff yang sepatutnya. sedangkan kami ini dijemput hanya untuk aktiviti sukan.

kisah kedua,
Masa makan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap orang. Tidak dinafikan juga bahawa penulis juga sepeti yang lain yang sentiasa rasa lapar apa lagi makanan yang dihidangkan adalah termasuk bayaran hotel. Maksudnya percuma!!peluang inilah yang tak akan dibiarkan. Saat itu juga penulis lihat banyak manusia yang pentingkan diri sendiri dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak dan lupa bahawa ada lagi rakan-rakan lain yang masih belum turun.

kisah ketiga,
Pada malam terakhir,penulis bertemu dengan seoarang facilitator yang dianggarkan berat mencecah 120 kg. dalam perbualan dengan pakcik tersebut,penulis beranggapan beliau seorang yang sangat pentingkan kualiti. Masalahnya kualiti makanan yang menyebabkan makanan. MESTI MANIS,BERLEMAK,CUKUP RASA dan BANYAK..kalau dapat makan daging KAMBING lagi sedap katanya. Mati memang telah Allah tetapkan. Penyakit juga macam itu. Pesan pakcik itu lagi,masa muda ni,makan lah apa yang nak awak makan. Nanti bila dah sakit kita BERHENTILAH..menggeleng kepala penulis pada waktu itu.


Pesan pakcik itu lagi, sekiranya umur makin meninggkat, badan kita semuakan lemah dah anggota dalaman kita semakin 'tua'. itu penulis tak nafikan tapi kalau dia makan macam 10 tahun tak makan, bukan membuatkan perut itu lebih sakit ke nak menanggung makanan yang banyak dan terpaksa bekerja lebih untuk satu-satu masa. Bersenam jangan haraplah kerana kesibukan kerja menjadi alasan.

Pakcik itu juga ada cakap yang sekiranya penyakit kencing manis itu bersifat keturunan,maka tuhan itu tidak adil. Penulis pun mula pening kepala. sekarang pakcik itu mula menyalahkan fakta pula. Bila difikirkan,ada betulnya juga. Sebagai contoh,sekiranya seorang bapa ada penyakit kencing manis, dia disebabkan makanan yang dimasak ibu, air yang dibancuh oleh ibu. sekiranya makanan itu penyebab kepada penyakit kencing manis,maka kebarangkalian untuk anak terkena penyakit kencing manis adalah tinggi. Ada kebenaranya juga.

manakala fakta sains mengatakan sekiranya seorang pembawa,maka,kebarangkalian anak untuk menghidap kencing manis sangat tinggi. Berbeza dengan pendapat pakcik tersebut. Apa yang penulis pasti, Allah tak pernah berat sebelah pada hambanya. Itu sudah pasti.

kesimpulan penulis,
Dalam cerita tersebut,kawal pemakanan adalah kunci kepada kesihatan ditambah dengan melakukan aktiviti fizikal. Tujuan makanan adalah untuk memberi tenaga kepada manusia untuk melakukan aktiviti dan dapat beribadat dengan rasa selesa. Bukan Rasa kenyang sehingga menyebabkan Manusia makin malas dan menambahkan berat badan yang tak tau untuk apa tujuanya. Tapi,jangan seperti penulis yang terlebih melakukan aktiviti sehingga menyebabkan kecederaan pada diri. penulis terpaksa bercuti panjang kerana masalah 'knee injuries' yang tak dapat dikesan oleh mata kasar. Nak tunggu dapat 1st gaji baru nak buat rehab.jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment