Monday, February 21, 2011

SENYUMM...



Assalamualaikum....


Diharap pembaca semua memulakan hari-hari anda semua dengan senyum. Pada kali ini penulis nak berkongsi sedikit fakta tentang senyum dan kesan nya daripada segi fizikal dan mental.

Senyum terdiri daripada beberapa ketogari bagi kalangan rakyat Malaysia. No.1, senyum kambing,ke 2 senyum sinis, ke3 senyum gatal dan ke4 senyum kerang busuk. Itu adalah antara contoh-contoh senyuman bagi rakyat Malaysia yang dipandang serong oleh sesetengah pihak.


Senyuman adalah salah satu terapi bagi menangani tekanan. Tidak kira apa pekerjaan kita, perbuatan kita, dimana kita pasti akan berdepan dengan tekanan. Bukan guru sahaja yang menghadapi tekanan, malah makcik jual di pasar malam pun tertekan jika tiada yang hendak beli makanan mereka. Begitu juga tukang sapu jalan raya. Mereka akan rasa tertekan apabila mereka terpaksa meyapu sampah yang telah dibuang oleh pemandu ditepi-tepi jalan. Maknanya,kerja apa pun yang kita lakukan, kita tidak dapat lari daripada masalah tertekan.

Senyuman dalam agama pula sangat digalakan kerana mencerminkan seorang yang periang,ceria dan sentiasa positif walaupun ditimpa masalah. Kadangkala senyuman itu dikatan tidak iklas tetapi masih ada kesan positif daripada senyuman tersebut. Ini kerena sekiranya kita meneruskan senyum sepanjang hari, akan mendorong otak kita supaya bertukar menjadi positif kerana mendapat maklum balas daripada manusia-manusia yang kita temui pada hari tersebut.

Selain itu juga, senyuman boleh menyebabkan seseorang itu lebih mudah didekati kerana hanya dengan senyum membuka jalan orang lain untuk mendekati kita dan sebaliknya. Tapi awas, jangan menggunakan senyuman anda pada isteri/suami orang. Apabila senyum tersebut dibalas, maka harap habis disitu sahaja kerana takut salah caranya nanti boleh ditembak kepala kerana menggatal pada suami/isteri orang.

Senyuman itu sangat penting bagi setiap orang kerana memudahkan semua kerja tidak kira mudah atau susah. Pada awal tahun 2010, kerajaan Malaysia telah menjalankan kempen SENYUM di seluruh Malaysia. Perlu ke kempen seperti itu di Malaysia?Tetapi, apakah sebab kerajaan menjalankan kempen tersebut?tiada lagikah senyuman pada wajah-wajah rakyat Malaysia?Dalam kempen tersebut, semua sektor kerajaan WAJIB menjalankan tugasan dengan SENYUM terutamanya di kaunter-kaunter yang menghubungkan jabatan dan pengguna. ada juga papan tanda seperti 'tolong ingatkan saya sekiranya saya tidak senyum'.

Kajian dalam sains sukan pula menunjukan sekiranya seorang pelari 100M berada dalam tertekan sebelum memulakan pecutan, mereka akan merendahkan keupayaan otot untuk berlari dengan baik. Hal ini kerana semasa dalam tertekan, perlari tersebut menyebabkan otak mereka menghantar mesej kepada anggota badan menyebabkan berlakunya contraction pada anggota badan tersebut. oleh sebeb itu, jurulatih olahraga sentiasa mengigatkan pelari supaya sentiasa senyum semasa berlari untuk membantu otot kita melakukan tugas mereka dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment